Terma & Syarat

  1. Harga postage mengikut senarai yang telah ditetapkan.
  2. Sila pastikan butiran seperti nama, alamat, no. tel, code, saiz dan kuantiti adalah betul sebelum membuat bayaran.
  3. Penghantaran parcel pada hari Isnin – Jumaat menggunakan POS LAJU. Pesanan terakhir akan di proses sebelum pukul 1 untuk di post pada hari yang sama. Selepas pukul 1, pesanan akan diproses keesokan hari.
  4. Pertukaran pesanan pada saat-saat akhir selepas pembungkusan dibuat adalah tidak dilayan.
  5. Semua produk adalah dijamin sepenuhnya berada dalam keadaan baik sebelum dipos oleh pihak Orked Garment dan adalah di bawah tanggungjawab pihak ketiga iaitu Pos Laju setelah bukti pengeposan diberikan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan parcel. Sebarang tuntutan harus dibuat dengan wakil perkhidmatan pos.
  6. Pemulangan akibat koyak, tiada kancing dan lain-lain, perlulah dalam keadaan belum pakai, belum basuh, tidak diubahsuai, tidak diseterika dan disertakn plastik yang masih sempurna. Produk akan diganti semula oleh pihak kami.
  7. Pertukaran produk kerana anda tersilap ambil size/code juga perlulah dalam keadaan belum pakai, belum basuh, tidak diubahsuai, tidak diseterika & disertakn plastik yang masih sempurna dan anda perlu membayar postage kepada pihak Orked Garment.
  8. Pemulangan/pertukaran haruslah dikembalikan dalam masa 3 hari bermula dari tarikh anda terima parcel. Selepas 3 hari tiada lagi pemulangan/pertukaran boleh dilakukan.
  9. Refund duit/pertukaran produk akan di process dalam masa 7 hari. Anda perlu pos barang tersebut kepada Orked Garment terlebih dahulu disertakan tracking no. Kami akan refund atau pos baju yang ingin ditukar apabila sampai ke pihak Orked Garment.
  10. Sekiranya berlaku kes ketiadaan stok selepas pembayaran dibuat, maka pihak Orked Garment mempunyai hak dalam memberi beberapa pilihan kepada pelanggan kami:
    • Menukarkan produk mengikut persetujuan pelanggan
    • Orked Garment akan memulangkan kembali wang yang telah dibayar selepas mendapat persetujuan daripada pelanggan
  11. Terma dan syarat ini mungkin diubah atau ditambah dari masa ke semasa bertujuan untuk memudahkan urusan antara pelanggan dan kami.